Assalamualaikum wbt.......
Asyik kek jer sepanjang minggu, hari ni ucu tukar angin pulak pada makan yg ada kolestrol jugak, iaitu nasi lemak sambal anak sotong kering.
Kebetulan ucu n paksu pegi satu kedai kat Bukit Kapar nak beli ikan2 segar (nama jalan tu rasanye Paya Barat kot) ternampak lah pulak anak2 sotong kering ni yg dah siap berbungkus, bersebelahan kedai abang jual ikan ni.
Sotong ni keras, jadi sebelum masak kena rendam dulu, kalau nak cepat rendam dgn air suam baru lah lembut
Kiranya ini fist time masak benda alah ni....sedap jugak rupenya sotong ni (tekak ucu ler), tapi ucu buat sambal pedas (cili padi) yang simple, masa makan tu berasap2 ler telinga..
Terus pada resepi sambal sotong ni.
cili giling utk sambal nasik lemak |
Resepi Sambal Anak Sotong Kering
Sumber : ucubakery
Bahan-bahan ;
- 500gm anak sotong kering - direndam 1/2 jam atau lebih kemudian basuh bersih2
- 2 biji bawang besar *
- Cili padi * - ikut kepedasan
- 1 inci belacan
- Air asam jawa/jus limau kasturi
- Garam
- Sedikit perasa - option
Cara-cara :
- Kisar semua bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak dan masukkan belacan (kacau2)
- Kemudian baru masukkan semua bahan yg telah dikisar (api berlahan)
- Masukkan air asam jawa/garam/perasa - sentiasa dikacau dan masak sehingga terbit minyak
- Barulah masukkan anak sotong kering dan sedikit air - masaklah sehingga lembut.
Tapi ini sarapan bukan pagi ni punya....ini sarapan hari minggu bulan lepas2 punya... :(
pagi ni ucu telan nugget jerkkkkk...
Wassalam...